TEKNIK PENYIMPANAN DUIT UNTUK BERCUTI


Individu terutamanya yang masih belajar atau bekerja selalunya akan plan untuk melancong atau bercuti tiap tahun dengan geng atau kawan-kawan untuk spend time bersama setelah lama tidak jumpa. Penyimpanan duit sangat penting untuk merealisasikan impian percutian bersama-sama. Terdapat beberapa tips yang korang boleh follow:-

1. Teknik Duit Ganjil

Ramai yang dah Berjaya simpan duit dengan cara ini. Actually simpan duit cara ini sangatlah efektif di sebabkan beg duit kita selalunya banyak duit kertas yang ganjil contohnya note RM1, RM5 atau RM20. Tips penyimpanan duit ini adalah asingkan tabung dengan nilai note yang berbeza. Jika ada nilai note tersebut dalam beg duit kita terus sahaja asingkan dan masuk ke dalam tabung. Kita juga perlu target sebelum mengira balik berapa duit yang telah terkumpul, minimum tempoh penyimpanan di syorkan setahun.

2. Main Duit Kutu

Duit kutu ini biasanya akan main dengan geng yang sama tujuan / berlainan tujuan. Lagi ramai, lagi seronok selain korang boleh menyimpan korang juga dapat beranakkan duit. Main duit kutu biasanya akan undi bulan bila kita akan dapat duit, sebaiknya rancang awal-awal kegunaan duit tu untuk booking hotel atau sebagainya.

3. Simpan Duit Dalam Tabung Yang Susah Nak buka 

Kalau korang dah ada target untuk melancong atau bercuti di mana-mana dan sudah kira bajet kasar actually tips ni berkesan untuk korang yang suka korek tabung akhir bulan. Tabung boleh dibeli atau dibuat tetapi tabung mestilah tiada laluan keluar atau susah untuk dibukak bagi mengelakkan diri sendiri terjerat. Target mesti ada berapa banyak duit akan dimasukkan setiap hari / bulan dan bila tabung akan dipecahkan untuk kegunaan bercuti nanti.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS BERCUTI SECARA " LONE RANGER "

TIPS: MASALAH YANG SERING TERJADI SEMASA MELANCONG DAN CARA MENGATASINYA

IDEA HARI KELUARGA JADI MERIAH