TIPS PERCUTIAN UNTUK NEWBIES !

Hai dan Assalamualaikum !

Hari ini kami nak share tips percutian untuk para Newbies yang baru nak berjinak dalam alam dunia percutian ni, jadi terdapat tips mudah dan faham untuk newbies mudah fahami dan untuk rujukan sebelum pergi bercuti..

                     Travel Wallpaper (68+ images)


(1) MULA DENGAN YANG DEKAT
Sebagai 'newbie', elok sangat korang mula travel ke tempat-tempat yang terdekat dulu. Senang cerita, cuba travel dalam negara terlebih dahulu sebelum korang buat keputusan untuk explore luar negara. Pilih dan listkan tempat-tempat menarik yang korang minat untuk pergi. Contohnya : Pulau Langkawi - Kedah, Kundasang - Sabah, Pulau Pinang dan sebagainya. Tempat-tempat terdekat bukan sahaja tidak memerlukan kos yang banyak, tetapi juga boleh dikunjungi pada hujung minggu tanpa perlu korang apply cuti. Mudah kan?

                                             Travel Tumblr Wallpapers - Top Free Travel Tumblr Backgrounds ...
(2) BUAT RESEARCH
Bila korang dah tahu ke mana arah destinasi yang nak dituju, boleh lah mula buat research tentang segala yang berkaitan dengan tempat tersebut. Nak naik kenderaan apa untuk sampai ke situ? Nak pergi berapa hari? Di mana tempat penginapan jika perlu bermalam? Apa tempat-tempat menarik yang ada di sekitar itu? Haaa, bila korang dah dapat jawapan-jawapan yang diperlukan, itu bermakna korang dah bersedia untuk mulakan trip percutian. Buat research untuk kesenangan diri di masa hadapan!

                Travel New Tab Travel Wallpapers - Chrome Web Store

(3) RANCANG BAJET & ITINERARY
Ok lepas korang dah buat research serba sedikit tentang destinasi pilihan, boleh lah ke step yang seterusnya iaitu buat planner. Mulakan dengan rancang jumlah bajet perbelanjaan terlebih dahulu. Nak travel, tak perlu tunggu jadi kaya-raya. Ingat, orang yang bijak merancang, tidak perlu keluarkan duit yang banyak pun.

Nama pun newbie kan? Start small. Travel ikut kesesuaian 'saiz' poket korang. Pilih untuk travel ke tempat terdekat, yang tidak perlukan belanja yang mahal. Banyakkan aktiviti pergi ke tempat yang FREE, tiada sebarang yuran kemasukan diperlukan. Contoh seperti laut, taman-taman, muzium dan sebagainya. Bila dah tahu anggaran bajet, baru boleh susun itinerary travel - iaitu atur cara perjalanan trip tersebut. Tak perlu formal sangat lah, cukup sekadar tulis dalam buku nota atau catat saja dalam 'notes' di henfon tu. Itinerary sangat penting bagi memastikan perjalanan travel kita berjalan lancar. Tapi ada juga jenis yang suka ikut flow dan bebas, tak suka terikat. Ikut suka hati nak bangun pukul berapa, dan nak pergi ke mana-mana pun. Terpulanglah sebab lain orang, lain cara kan.


                                                  Travel Inspired Phone Wallpapers #exploreeverything | Iphone ...


(4) TRAVEL DENGAN GENG SEKEPALA
Kebanyakan orang taknak pergi travel disebabkan perasaan takut nak mencuba benda baru. Sebagai newbie, aku cadangkan korang pergi travel bersama kawan yang mempunyai minat yang sama. Kalau minat tak sama pun, at least teman rapat atau family. Bukan apa, kekadang bila nak mulakan benda baru dalam hidup, kita perlukan support dari orang terdekat. Kan? Kalau terjadi apa-apa sepanjang trip, sekurangnya ada jugak travel partner kita untuk membantu. Selain itu, kita dapat spend good times dengan orang yang tersayang. Maklumlah, tiap hari kita dah disibukkan dengan lambakan kerja. Jadikan travel untuk hilangkan stress! Jangan pulak korang bawak geng tak sekepala atau kaki kalut, silap-silap jadi bertambah stress balik dari travel. As a newbie, bawalah bersama rakan yang sudah ada pengalaman travel.


                          Travel Wallpaper for Android - APK Download
(5) SABAR & REALISTIK
Kita harus percaya bahawa sehebat mana pun kita merancang sesuatu trip perjalanan, Allah jua yang menentukan. Jika tetap ada masalah atau musibah yang timbul ketika kita travel, bersabar dan tenangkan diri. Jangan terlalu marah atau sedih, tapi terus fikirkan jalan penyelesaian. Anggaplah segala peristiwa yang terjadi ketika travel adalah pengajaran yang Allah nak kita pelajari untuk menjadi manusia yang lebih baik. Ingatlah, salah satu sunnah nabi yang terbesar ketika mengembara atau travel adalah, mengingati kebesaran & meletakkan segala kepercayaan terhadap Allah. Jangan travel untuk suka-suka sekadar menghabiskan duit, tapi mengembara lah ke bumi Tuhan untuk menambah pengetahuan & jati diri kita.

                            Travel Desktop Wallpapers - Top Free Travel Desktop Backgrounds ...

Semoga bermanfaat untuk anda dalam percutian nanti ! Semoga berjaya! 



Sumber: faraamusa

Comments

Popular posts from this blog

TIPS BERCUTI SECARA " LONE RANGER "

TIPS: MASALAH YANG SERING TERJADI SEMASA MELANCONG DAN CARA MENGATASINYA

MELANCONG DALAM KEADAAN SIHAT !