PERCUTIAN BAJET PALING MUDAH

Assalamualaikum dan hai!
Hari ini kami nak share tentang cara Percutian Bajet Paling Mudah

                   Gambar-gambar percutian romantik Nora Danish, berlayar bersama ...

Percutian sama ada diluar mahupun di dalam negara adalah merupakan kesukaan semua orang. Percutian juga kadangkala begitu penting untuk mereka yang sibuk bekerja bagi memerlukan ketenangan seketika. Oleh itu terdapat beberapa tips untuk percutian bajet paling mudah !


1. Bawalah Topi Serbaguna – Bawa topi bulat anda. Topi bulat mempunyai banyak fungsi. Ia boleh menjadi aksesori fesyen, jadi Frisbee, menutup rambut yang caca marba, mendirikan istana pasir, melindungi minuman sejuk, menangkap labah-labah, menyimpan barang bilik air, menyembunyikan barang berharga. Sekarang, berapa sangatlah yang kita perlukan untuk percutian mewah? Harga sebiji topi!

2. Jadilah Fleksibel – Tiket penerbangan boleh jadi jauh lebih murah apabila orang ramai tidak mahu terbang. Contohnya, semasa hari perayaan. Jadilah fleksible sikit. Apa salahnya bercuti semasa hari raya?

3. Cuba Jadi Warga Tempatan – Pergi ke kedai-kedai tempatan untuk makan. Tanyalah orang yang tinggal di sana , restoran mana yang disyorkan. Cari juga cara untuk mendapatkan tiket perayaan atau acara yang menarik dan cara mendapatkan kenderaan awam.

4. Jadi Pelajar Di Mana Jua – Kalau anda masih belajar, jangan lupa bertanya kalau-kalau ada diskaun untuk pelajar untuk apa-apa sahaja. Mungkin mereka tidak mengiklankannya walaupun diskaun untuk pelajar memang ada.

5. Jadi Pakar Matawang – Sentiasa periksa kadar pertukaran matawang sebelum pergi bercuti. Kalau kita berjaya memilih matawang yang sesuai, yang memberikan kita lebih nilai, kita boleh jimat dengan banyak.

6. ‘Breakfast Includes’ – Tempah hotel yang menyediakan sarapan pagi walaupun harganya lebih mahal. Bila kita makan awal di waktu pagi, seperti sandwich yang kita boleh bawa bersama, kita boleh jimatkan percutian bajet untuk makan tengah hari.

7. Jadi Pakar Fotografi – Ambil gambar banyak-banyak semasa pergi bercuti. Gambar adalah cenderamata yang tidak ternilai untuk dibawa pulang bahkan boleh jadi punca rezeki untuk percutian akan datang. Manalah tahu kita boleh masuk pertandingan fotografi dan menang! Bolehlah tiket penerbangan percuma!

                               Percutian Budget - Gambar | Facebook

Percutian Bajet Yang Sesuai

8. Si Pejalan Kaki – Apa kata kalau kita pergi berjalan kaki di dalam bandar? Percuma saja! Jimat duit sambil melihat kehidupan sesuatu tempat baru dengan lebih dekat. Kalau anda bernasib baik, ada penjual yang akan bagi makanan dan minuman percuma.

9. Pakaian Ringan – Bawa barang keperluan sahaja supaya anda tidak perlu bayar untuk checked luggage. Jangan malas untuk basuh baju selagi anda boleh mengurangkan pakaian yang perlu dibawa. Bukan susah pun. Cuba lihat: Packing Barang dan Bagasi Semasa Melancong

10. Percutian Bebas – Elakkan daripada membayar kos lawatan yang tidak diperlukan. Kenapa kita kena bayar untuk travel dalam bas mini yang penuh dengan pelancong semata-mata untuk diberitahu bila kena ambil gambar dan dikawal di sana sini. Biasanya, kenderaan awam lebih murah dan kita boleh tinggal di sana lebih lama.

11. Pelancong Basikal – Sewa basikal untuk sehari dan pergi teroka segala yang ada. Anda akan merasai kegembiraan tak terhingga melihat tempat-tempat baru sambil bersenam untuk kesihatan tubuh badan.

12. Pek Kebersihan Mini – Tak perlu bawa peralatan kebersihan diri supaya beg kita lebih ringan. Beli sahaja di tempat yang kita lawati yang bersaiz kecil dan kita tidak perlu bawa balik selepas percutian kita berakhir.

13. Jadi Orang Kampung – Pergilah ke kawasan pinggir bandar. Biasanya, barang di sana lebih murah termasuklah di kedai-kedai dan kafeteria. Anda juga akan berpeluang untuk melihat tempat-tempat yang menjadi kegemaran orang tempatan untuk meluangkan masa mereka. Jauh daripada pelancong yang lain.

14. Air Percuma – Bawa botol air plastik dalam beg tangan anda. Nanti, bolehlah diisi di kawasan yang menyediakan air percuma seperti di lapangan terbang. Jimat dah kat situ.

15. ‘Ya Beg Sandwich’ – Bila travel, jangan sesekali lupa untuk membawa beg sandwich yang boleh ditutup semula untuk menyimpan telefon bimbit supaya terlindung daripada pasir pantai. Ini dapat menyelamatkan duit anda daripada terpaksa membeli telefon baru kalau-kalau rosak masa tengah main bola tampar pantai.

16. ‘Beg Syiling’ – Adakan tempat simpan duit tak kiralah beg atau bekas. Ia boleh digunakan untuk menyimpan duit baki harian dan bolehlah menambah duit untuk percutian bajet sebelum kita terbang ke destinasi impian.

17. Berdua Lebih Baik – Berkawan dengan orang yang mempunyai minat yang sama iaitu bercuti. Dengan ini, kita boleh merancang percutian bersama-sama untuk mendapatkan diskaun. Selain itu, kita boleh berkongsi untuk membayar bil restoran dan mungkin juga mendapatkan tempat percuma untuk menginap di negara orang. Harapnya, kita boleh menjadi lebih gembira sepanjang kita bercuti.

18. Gunakan Aplikasi Pengimbas – Gunakan aplikasi tiket penerbangan seperti ‘Google Flights‘ dan anda akan dapat lihat senarai tiket penerbangan ke semua destinasi, bermula dengan harga yang paling rendah, paling murah. Setkan peringatan harga supaya kita boleh memantau perubahan harga tiket penerbangan yang dipilih. Mudah sahaja. Gunalah untuk mendapatkan tawaran hebat untuk hotel dan kenderaan.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS BERCUTI SECARA " LONE RANGER "

TIPS: MASALAH YANG SERING TERJADI SEMASA MELANCONG DAN CARA MENGATASINYA

IDEA HARI KELUARGA JADI MERIAH