TIPS MUDAH UNTUK JIMAT DUIT BILA PERGI BERCUTI

Assalamualaikum dan hai!

Jadi hari ni kami nak berkongsi tips mudah untuk mereka yang suka bercuti dan tidak tahu macam mana nak berjimat cermat dalam berbelanja ketika bercuti samada di luar Malaysia mahupun didalam Malaysia.

              74 Tips Dan Cara Ini BoIeh Bantu Anda Jimat Duitt Setiap Hari ...

1. Pergi Luar Waktu Puncak

Perkara utama yang perlu dititik beratkan ketika nak pilih tarikh untuk pergi bercuti, adalah dengan mencari waktu yang sesuai dan tepat. Sebaiknya, anda pilih waktu yang tidak ramai orang pergi bercuti dan bukan pada hujung minggu. Kebiasaannya, pada musim cuti sekolah, cuti umum dan cuti hujung minggu, kos pelancongan lebih mahal berbanding hari biasa disebabkan permintaan yang tinggi.
Sekiranya nak pergi melancong pada hari-hari luar musim cuti ni, boleh minta diskaun dan dapatkan pakej pelancongan yang jauh lebih murah. Harga hotel juga biasanya lebih murah.

2. Buat Tempahan Awal

Rancang percutian anda dengan lebih awal sekiranya anda memilih untuk menggunakan pengangkutan udara seperti kapal terbang. Ini kerana harga tikel kapal terbang adalah lebih murah jika anda menempahnya lebih awal. Tengok-tengok juga kalau ada harga promosi dan kena pula dengan tarikh yang anda nak pergi bercuti.
Begitu juga halnya dengan tempahan hotel. Kos akan jadi lebih rendah jika anda membuat tempahan awal, kerana masih banyak tempat kosong di hotel tersebut. Kalau tunggu sampai last minute, pihak hotel pasti akan caj lebih mahal.
Paling ideal buatlah tempahan 3-4 bulan lebih awal sebelum nak bercuti. Oh ya, sebelum buat tempahan tu buatlah perbandingan harga tiket dengan menggunakan aplikasi seperti Google Flights atau Expedia.

3. Bercuti Secara Berkumpulan

Jika anda masih bujang, anda boleh melancong secara berkumpulan dengan melancong bersama beberapa orang rakan ataupun mengikuti trip rombongan percutian. Banyak kos dapat anda kongsi bersama dan pastinya ia lebih menguntungkan. Di antara kos yang dapat dikurangkan adalah kos pengangkutan dan penginapan.
Kebiasaanya, agensi-agensi perlancongan akan memberikan diskaun untuk pakej percutian untuk 3 orang atau lebih. Gunakanlah peluang yang diberikan sebaik mungkin.

4. Bawa Stok Makanan Segera

Jika anda ingin bercuti ke luar negara, pastinya makanan yang dijual adalah agak tinggi. Untuk jimatkan kos makan anda, boleh bawa makanan sendiri seperti nasi segera, mi segera, biskut yang mudah dibawa ke mana-mana.
Kaki travel mesti selalu akan standby produk Brahim’s kan? Produk ini boleh dibeli di pasaraya seperti Giant & Tesco. Kalau nak beli dalam kuantiti yang banyak boleh singgah beli di kilang mereka di:
Lot 9 & 11
Jalan P/9B, Kawasan Perusahaan Bangi,
43650, Selangor

Anda juga boleh makan kenyang-kenyang sewaktu dalam bilik hotel sebelum keluar berjalan-jalan bagi mengelakkan anda terpaksa makan di luar ketika menjalankan sebarang aktiviti. Kalau buffet breakfast ada disediakan, makan dulu sebelum keluar.

5. Guna Kenderaan Awam

Naik kenderaan awam akan lebih menjimatkan daripada segi kos dan juga tenaga. Ketika naik kenderaan awam seperti bas atau tren, dapat juga melihat cara hidup penduduk tempatan. Anda juga boleh dapatkan nasihat daripada mereka berkenaan tempat-tempat menarik di kawasan sekitar yang bagus untuk dikunjungi. Contohnya jika ke Singapura, duit tambang MRT mereka memang murah. Efisyen pula tu.
Oleh itu, dengan tips ini akan berguna kepada korang yang suka melancong dan dapat sedikit sebanyak memberi sedikit pengetahuan untuk jimat wang dari berlebihan ketika melancong. 
Sumber: MajalahLabur

Comments

Popular posts from this blog

TIPS BERCUTI SECARA " LONE RANGER "

TIPS: MASALAH YANG SERING TERJADI SEMASA MELANCONG DAN CARA MENGATASINYA

MELANCONG DALAM KEADAAN SIHAT !