TIPS MENJAGA KESIHATAN DIRI PADA MUSIM COVID19

Assalamualaikum dan hai!

 Hari ini kitorang nak share tentang tips menjaga kesihatan diri pada musim Covid 19. 

KENALI DAHULU APA ITU CORONAVIRUS 2019

Penyakit Coronavirus 2019 adalah strain baru Coronavirus yang sebelum ini tidak pernah dikenalpasti. Berdasarkan maklumat terkini, Covid 19 berjangkit dari individu ke individu melalui titisan pernafasan atau sentuhan apabila mereka bersin mahupun batuk atau tamat tempoh. Penyakit ini mempunyai tempoh inkubasi antara 2 dan 14 hari. Penularan boleh dikurangkan dengan selalu mencuci tangan, mengamalkan kebersihan dengan baik, dan memakai topeng pembedahan
Penyakit ini pada mulanya mungkin menunjukkan "dirinya" dengan tanpa gejala atau beberapa gejala, atau mungkin menjadi demam, batuk, sesak nafas rasa sakit pada otot dan keletihan, dengan perkembangan selanjutnya menjadi radang paru paru, sindrom kesusahan akut pernafasan, dan kematian. Tiada vaksin ataupun rawatan yang efektif untuk penyakit ini, dengan usaha yang biasanya terhad kepada pengurusan simptom dan langkah-langkah sokongan.
Kes-kes pada awalnya dikenali di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei di China pada Disember 2019. Selepas itu, jangkitan ini telah dilaporkan di seluruh dunia. Kes-kes yang dilaporkan di luar China kebanyakannya berlaku pada orang yang baru-baru ini mengembara ke Tanah Besar China, namun beberapa kes penyebaran tempatan juga berlaku. Lebih daripada 1,500 kematian telah dilaporkan di Tanah Besar China dan 4 kematian di bahagian lain di dunia.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Azhan Pusat untuk Kawalan Penyakit A.S. (CDC) mencadangkan bahawa sesiapa yang mengesyaki dirinya membawa virus hendaklah menggunakan topeng muka pembedahan dan meminta nasihat perubatan dengan menelefon doktor selain terus pergi ke klinik. WHO telah mengisytiharkan bahawa wabak koronavirus 2019–20 menjadi Darurat Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa (PHEIC). Sehingga 11 Februari 2020, hanya Tanah Besar China disenaraikan sebagai kawasan dengan penyebaran penyakit dalam kalangan komuniti yang berterusan. (Sumber : Wikipedia 2020)


                                      Symptoms of coronavirus disease 2019 2.0-ms.svg

TIPS PENJAGAAN KESIHATAN DIRI

                                 Wabak Coronavirus atau COVID-19


   image
                                                                           Sumber daripada KKM


Kesimpulannya, penjagaan kesihatan diri amatlah dititikberatkan dan sangat penting kepada individu itu sendiri. Janganlah mudah memandang remeh terhadap perbuatan yang simple namun perkara ini  mampu mencegahnya dan hal ini sangat dituntut dan seseorang individu itu mestilah sentiasa peka dan waspada pada musim Covid 19 untuk menghindari virus ini dari berleluasa dan menjangkiti lebih ramai lagi individu di luar sana.Selain itu, sentiasa mendengar arahan daripada pihak berkuasa terutama arahan untuk duduk di rumah. Satu langkah pencegahan yang kita ambil mampu menghapuskan virus Covid 19 dengan lebih cepat. 
  Oleh itu marilah kita sama sama mencegahnya!






Comments

Popular posts from this blog

TIPS BERCUTI SECARA " LONE RANGER "

TIPS: MASALAH YANG SERING TERJADI SEMASA MELANCONG DAN CARA MENGATASINYA

MELANCONG DALAM KEADAAN SIHAT !