MELANCONG DALAM KEADAAN SIHAT !

Salam dan Hai !

Hari ini kami akan share tentang tips melancong dalam keadaan sihat kepada mereka yang suka bercuti dan kerap kali keluar bercuti dan sebagainya.

                                  Kesihatan Diri | Women Online Magazine
Nasihat sebelum perjalanan
  • Beli insurans perjalanan yang cukup dan sesuai.
  • Rujuk Kementerian Kesihatan mengenai sebarang nasihat umum untuk pelancong.
  • Periksa dengan doktor mengenai sebarang vaksinasi yang perlu diambil sekurang-kurangnya enam minggu sebelum melakukan perjalanan.
  • Simpan ubat yang perlu dalam bag tangan.
  • Jika mengambil ubat yang ditetapkan, bawa preskripsi ubat dan surat doktor bersama anda.
  • Kebanyakan syarikat penerbangan menetapkan had jumlah bag yang dibawa dengan tangan (hand luggage). Semak dengan syarikat penerbangan sebelum berlepas.
  • Periksa kesahihan passport dan keperluan visa.

                   5 Tip Mudah Elak Sakit Semasa Bercuti di Luar Negara - iBanding ...

Nasihat semasa berada di luar negara
  • Berhati-hati ketika berjemur di bawah matahari. Elakkan berjemur secara berlebihan, dan pakai losyen pelindung matahari.
  • Minum air dengan kerap.
  • Amalkan seks yang selamat.
  • Jika anda mendiami sesuatu tempat dalam tempoh yang tertentu, ketahui nombor kecemasan tempatan dan alamat hospital yang berdekatan.
Carta aliran nasihat sebelum melakukan perjalanan untuk pelancong antarabangsa
Carta vaksinasi
Pengambilan vaksinasi tidak menjamin perlindungan penyakit untuk seumur hidup. Kebanyakan vaksin perlu dirangsang secara berkala untuk perlindungan yang berterusan. Berikut adalah carta mengenai kekerapan vaksinasi. Carta ini hanyalah panduan umum dan harus digunakan bersama dengan nasihat pakar.
BCG (Tuberculosis / Batuk kokol)Imunisasi diberi jika ujian heaf adalah negatif. Perlindungan untuk sekurang-kurangnya 15 tahun.Setelah mendapat imunisasi – Imuniti diperoleh selepas 8 hingga 14 minggu.
Diphtheria/TetanusLima dos booster untuk orang dewasa dan remaja dan dos tersebut diberi setiap 10 tahun.Diberi sebagai gabungan Tetanus/ Difteria apabila melakukan lawatan ke kawasan yang berisiko
Hepatitis ASuntikan pertama memberi perlindungan selama satu tahun. Booster pada bulan ke 6 hingga 18 memberikan perlindungan selama 10 tahun.Perlindungan wujud 10 hingga14 hari selepas pemberian dos pertama.
Hepatitis BSelepas tiga kali suntikan dan booster selepas 5 tahun.Bagi mereka yang berisiko, tahap imuniti boleh diperiksa melalui ujian darah.
InfluenzaMenyediakan perlindungan selama 3 hingga 6 bulan semasa musim ‘selesema’Awasi risiko ‘selesema’ apabila melancong ke kawasan Hemisfera Selatan (negara-negara yang terletak di selatan garis khatulistiwa).
Japanese B EncephalitisSelepas vaksinasi pertama dapatkan booster selepas 2 tahun
Meningitis A&CSelepas vaksinasi yang pertama dapatkan booster setiap 3 hingga 5 tahunLawatan ke Mekah – Sijil suntikan sah selepas 10 hari.
Polio (oral)Selepas vaksinasi pertama dapatkan booster setiap 10 tahun
RabiesSelepas vaksinasi yang pertama dapatkan booster setiap 2 hingga 3 tahunAntibodi dihasilkan 10 hingga 14 hari selepas suntikan pertama
Tetanus/DiphtheriaBagi dewasa dan remaja, lima kali dos booster bagi setiap 10 tahun.Diberi sebagai gabungan Tetanus/ Difteria apabila melancong ke kawasan yang berisiko
Tick Borne EncephalitisPerlindungan selama 3 tahun selepas menerima vaksinasi.
Kepialu (suntikan)Selepas vaksinasi pertama, dapatkan booster setiap 3 tahunPerlindungan separa 10 hingga 14 hari selepas suntikan
Kepialu (oral)Selepas tiga kali vaksinasi (kapsul) dengan perlindungan selama 1 hingga 3 tahun.Perlindungan  sebanyak 70%, 7 hingga 10 hari selepas pengambilan 3 kali vaksinasi (kapsul).
Yellow fever Demam kuning)Booster perlu diambil 10 tahun selepas vaksinasi kali pertama.Sijil imunisasi demam kuning hanya sah 10 hari selepas tarikh suntikan dan akan sah untuk tempoh selama 10 tahun.
Sumber: myhealth.gov.my

Comments

Popular posts from this blog

TIPS BERCUTI SECARA " LONE RANGER "

TIPS: MASALAH YANG SERING TERJADI SEMASA MELANCONG DAN CARA MENGATASINYA

IDEA HARI KELUARGA JADI MERIAH