Tips Merancang Percutian yang Strategik!



Hai! Untuk topik harini kami nak cerita tentang percutian bersama keluarga atau rakan-rakan pada masa akan datang. Dengan keadaan sekarang kami faham ramai yang tidak dapat keluar bercuti. Yang mana dah plan bercuti tu terpaksa cancel or tukar plan kan. Takpe, kami akan share kan tips tips yang mungkin boleh membantu anda semua untuk membuat perancangan percutian pada masa akan datang.  

Percutian bersama keluarga sememangnya menggunakan perbelanjaan yang tinggi Justeru itu, kita sebagai wakil perlu merancang dengan betul ke mana perlu pergi, siapa yang akan menyertai percutian dan berapa kos yang diperlukan untuk percutian ini. Sebagai wakil yang bertanggungjawab untuk menjadikan percutian itu bermakna dan mencipta memori yang terbaik, kita haruslah membuat perancangan yang sempurna. Disini saya nak berkongsi sedikit tips memilih hotel dan lokasi untuk menginap ketika percutian bersama keluarga.




1. Rancang Jadual Perjalanan / Program Lawatan

Ada yang pandang mudah tentang perkara ini, kononnye bila dah sampai di tempat yang dituju nanti tahulah apa nak buat. Tapi hakikatnya kita banyak terlepas sesuatu yang berharga. Terutamanya masa, sedangkan masa yang terlepas banyak aktiviti yang kita boleh buat bersama keluarga. So, untuk memudahkan program yang dijalankan kita sepatutnya membuat plan tentatif dari rumah tentang aktiviti yang ingin dilakukan dari hari pertama sehingga hari terakhir percutian kita.

2. Buat Pengiraan Bajet (Budget Estimates)

 Part ni sebenarnya sangatlah penting.  Sebelum apa-apa keputusan, kita perlu tengok berapa bajet yang kita ada, dengan itu, berdasarkan bajet yang kita ada, kita dapat memilih hotel yang sesuai, berapa lama penginapan yang perlu ambil, aktiviti yang sesuai, pembelanjaan makanan yang mencukupi untuk bajet yang kita ada. Ini dapat memudahkan dan tiada istilah perlu mengeluarkan duit lain / topap untuk mencukupkan duit bajet kita selain dapat mengelakkan pembaziran. 

3. Tujuan Lawatan Atau Aktiviti

Selpas itu, kenal pasti apa tujuan lawatan tersebut. Ada orang pergi bercuti sambal bershopping sakan, ada yang bercuti nak tenangkan jiwa dan minda, ada juga yang ingin melakukan aktiviti yang lasak seperti mendaki gunung, kayak dan sebagainya. Kalau kita dah tahu tujuan kita, mudah untuk membuat pilihak tempa penginapan yang sesuai untuk aktiviti yang kita ingin buat.




4. Hotel Fasiliti / Kemudahan Hotel

Yang ini pun kena ambil kira juga dengan keperluan keluarga kita, Samada nak tinggal kat hotel yang menyediakan pakej sekalii dengan aktiviti, atau penginapan dan sarapan sahaja, ada kolam renang, sungai, dobi, gym, spa atau pusat membeli belah bergantung pada keperluan dan aktiviti yang keluarga kita ingin buat.




5. Booking Penginapan

Akhir sekali, bolehlah kita booking penginapan yang kita telah pilih. Penginapan yang sesuai dan mengikut bajet yang seperti di atas.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS BERCUTI SECARA " LONE RANGER "

TIPS: MASALAH YANG SERING TERJADI SEMASA MELANCONG DAN CARA MENGATASINYA

IDEA HARI KELUARGA JADI MERIAH